They're My Best Buddies

Tuesday, 13 September 2011

Pasangan zina 5 tahun gemar rakam aksi seks


Source : myMetro
Semalam aku ada post entri mengenai Faktor Remaja Melakukan Seks. Tadi, aku terbaca pula berita tentang tangkapan sepasang kekasih yg mengaku telah berzina selama 5 tahun dan suka merakamkan aksi seks mereka di telefon bimbit. Adessss...apa nak jadi ni weh..??
Yg menariknya (eh, menarik ke..??) semasa tangkapan tu dibuat, si perempuan tu menangis merayu supaya dia dibenarkan untuk masuk ke bilik teman lelakinya untuk memakai seluar dalam. Rayuan tu dipenuhi memandangkan perempuan itu hanya memakai seluar ketat yg nipis dan mengghairahkan. Faham dah kenapa aku kata menarik..?? Maksudnya, si penangkap-penangkap pun rasa ghairah melihat keadaan perempuan tu.. hahahaha (tu aku yg rasa sendiri ek..takde kaitan dengan mereka)
Hmm, bila aku fikirkan balik, zaman sekarang ni manusia dah takde perasaan takut untuk melakukan dosa ek..? Macam pasangan yg kantoi ni, 5 tahun kot berzina..!! Perghhhh... tapi, tulah.. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

p/s : Ya Allah, Kau ampunilah kami sekiranya kami ingin bertaubat dan memohon keampunan-Mu..amin


Post a Comment