They're My Best Buddies

Tuesday, 20 September 2011

Part 6 - Goyang pun goyanglah!!

Masuk bulan ke-9, Azeem dah mula belajar berdiri. Dia dah pandai merangkak ke kerusi, katil atau apa jua benda yg boleh menampung dia untuk berdiri. Kadang-kadang, selamba je dia berpaut kat kaki aku ni. Sengih jelah tengok perangai anak buah aku yg satu ni.

Bila dia dah boleh bangun dan berdiri, mula la rasa nak buat lebih dari itu kan. Tahu dia buat apa..?? Dia dengan rasa yg teramat konfiden, melepaskan tangan sambil mendepakannya, dengan harapan akan mendapat keseimbangan untuk terus berdiri. Memang la goyang!!

Kadang-kadang aku saja je datang belakang dia senyap-senyap. Bila dia dah mula lepaskan tangan tu, aku pun cuit la badan dia dari belakang. Memang la tahap goyang dia makin maksima. Hahaha...jahat sungguh makngah mu ini, Azeem (",)


Tapi, alhamdulillah...Azeem ni memang bersemangat waja. Dia tak cepat putus asa. Walaupun banyak kali jatuh, dia tetap nak belajar berdiri. Bagus anak makngah ni.

p/s : Part 7 - Jalan?? Lari pun boleh la makngah!!
Post a Comment