They're My Best Buddies

Wednesday, 28 September 2011

Namewee Kembali Bersuara

Morning BLOGgers!!

Alamak..dah nak pukul 12 tengahari la. Agak lambat sikit nak mulakan entri hari ni. Pagi tadi sampai ofis je dah ada kerja nak yg menanti. Lepas siap kerja tu, macam biasa la..online FB kejap. Ada banyak notification yg masuk pagi ni. Salah satunya adalah, satu-satunya abang aku dunia dan akhirat dah mula mengaktifkan diri dalam dunia FB. Alahai abangku, orang dah nak boring cakap pasal FB, kau baru nak buat akaun FB. Takpela, nak buat macam mana. Welcome to the club Big Bro!!

Tiba-tiba mata terpandang kat salah satu post yg dibuat oleh teman dalam FB ni. Tentang Namewee. Siapa tahu dia angkat tangan..?? Kalau sebut pasal Filem Nasi Lemak 2.0 mungkin ramai yg angguk kepala. "Oh, Namewee pengarah filem tu...aku tahu la!!"

Namewee ni dulu pernah buat kontroversi tentang lagu Negaraku yg menjadi Negarakuku dan dipopularkan di Taiwan. Menurut kata Namewee, lagu Negarakuku tu dicipta untuk melahirkan rasa hati supaya JANGAN ada sifat perkauman. Mesej yg cuba disampaikannya amat jelas. Cuma, ramai antara kita yg cepat melatah. Apapun, bagi aku Namewee ni memang berani. Berani dengan cara dia la. Lantang bersuara. Luahkan apa saja rasa tidak puas hati di saluran media seperti Youtube. Well, dunia di hujung jari, kan (",)

Okay. Kali ni Namewee cuba melahirkan rasa tak puas hatinya tentang Utusan Malaysia. Kenapa pula tu..?? Sila tonton video kat bawah untuk cerita yg lebih lanjut.



p/s : walaupun bahasa Namewee ni agak kasar, kalau dia menyokong supaya jangan ada sifat perkauman (racist) aku pun sokong juga la...tak suka budaya ni wujud kat Malaysia
Post a Comment