They're My Best Buddies

Friday, 2 September 2011

Khutbah Jumaat 02/09/2011

Assalammualaikum W.B.T BLOGgers...!!

Hari ni genap 4 hari kita beraya. Bagi kaum Adam tu, jangan lupa pula nak menunaikan kewajipan anda ye...Solat Jumaat. Tadi, aku sempat la online apa-apa yg patut. Sekali terbaca tentang isi Khutbah Jumaat hari ni. Amalan Ziarah Semarak Ukhuwah.

Hmm..sangat tepat la tajuk Khutbah Jumaat tu dengan suasana raya ni. Antara yg ditekankan dalam isi khutbah tu ialah tentang kemeriahan sambutan hari raya ni eloklah jika kita ziarah menziarahi sesama kita. Kenali jiran tetangga, saudara-mara dan sahabat handai. Ambil kesempatan ini untuk kita merapatkan lagi silaturrahim kerana di dalam Islam, kita sangat digalakkan untuk merapatkan ukhuwah dan tali persaudaraan sesama kita.

Seperti firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hujuraat Ayat 10 yang bermaksud :

"Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu, dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat"

Satu hadith Rasulullah S.A.W yang berbunyi :

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam"
- Riwayat Al-Bukhari

Bagi diri aku sendiri, amalan menziarahi ni memang sangat-sangat disukai. Walaupun aku tak berapa rapat dengan jiran-jiran di kampung ni, tapi aku tetap pergi berkunjung bila tiba hari raya macam ni. Yelah, hari-hari biasa nak datang ziarah macam pelik pula aku rasa. Jadi, hari raya macam nilah hari yang paling sesuai untuk menziarah kan.

p/s : best dapat kenal jiran tetangga (",)

Post a Comment