They're My Best Buddies

Thursday, 8 September 2011

Kenapa Semakin Hari Semakin Tidak Bersemangat..??

Okay. Tajuk kontroversi. Negatif sangat bunyinya. Apa punca yg menyebabkan kita menjadi tidak bersemangat ni..? Tidak bersemangat tentang apa..? Check it out!!



1. Kerja
Selalunya rasa tidak bersemangat untuk bekerja ni timbul setelah kita bercuti panjang. Setuju..?? Jadi, macam mana nak elakkan perasaan ni timbul? Ada orang pernah cadangkan dekat aku, masa cuti ambil tahu sikit perihal kerja. Jadi, bila hal kerja dah set dalam minda, kita akan rasa semangat untuk bekerja tu sentiasa ada. Boleh ke macam tu..??

2. Belajar
Bagi adik-adik yg masih belajar, sama la kes nya macam kat atas tu. Tapi, ada ke pelajar yg jadi sangat rajin untuk belajar atau buat tugasan semasa cuti..?? Mungkin kalau tugasan tu memang nak kena hantar sebaik saja cuti tamat, tak boleh nak buat apa la kan. Tapi, belajar semasa cuti..?? Erkk..boleh kot. Sebab tu kita ni kena ada cita-cita dan impian. Bila kita ada 2 perkara tu, semangat untuk belajar mesti tak luput.

3. BLOGging
Kepada semua BLOGgers la termasuk diri aku sendiri.. mungkin ada yg pernah rasa semangat untuk update entri semakin hari semakin kurang. Dengan erti kata lain, takde semangat nak terus berBLOGging. Kenapa jadi macam tu..? Sebab, aku tulis aku baca..bosan. Sebab, tak puas hati kenapa BLOGgers lain punya blog tak la best sangat, tapi followers ramai gila!! Sebab, mengharapkan ramai BLOGgers akan singgah blog kita, baca dan follow. Sebab, macam-macam sebab la. Haa.. kalau dah terdetik sebab-sebab macam tu dalam diri, susah la kan. Cuba fikir balik, masa mula-mula kita buat blog, apa niat kita..? Sebab tu dalam Islam sendiri, niat tu perkara asas untuk melakukan sesuatu. Kalau niat kita ikhlas, maka hasilnya akan jadi best la. Kalau dah niat pun tak berapa nak betul, jangan cari salah orang lain bila apa yg kita buat orang tak pandang pun.

4. Bercinta
Semakin tidak bersemangat untuk bercinta..?? Uikss..kenapa jadi macam tu..?? Hmm, mengikut pengalaman aku dan kawan-kawan, semangat nak bercinta tu makin kurang bila usia makin meningkat. Betul ke..?? Err... bergantung pada individu la kot. Ada orang yg muda-muda dah bercinta. Jadi, bila dah lama sangat bercinta, semangat tu akan berkurangan. Ada orang pula, bila dah berusia baru nak belajar bercinta. Haaa.. kes ni best sikit. Sebab, orang yg macam ni memang la akan bersemangat pada awalnya. Tapi, dah lama sikit dia akan rasa tidak bersemangat sebab dia rasa komitmen pada kerja dan hal-hal lain lebih menarik perhatian. Ada tau orang macam ni. Jangan kata takde. Jadi, kepada yg sedang bercinta tu, pasangan kekasih atau suami-isteri, kena la tahu macam mana caranya nak buat rasa cinta tu semakin mekar setiap hari. Jangan buat benda yg sama je. nanti bila dah wujud rasa bosan dalam diri, akan jadi tidak bersemangat la untuk terus bercinta.

5. Hidup
Alamak...kes berat ni!! Tidak bersemangat untuk hidup..?? Kenapa..?? Sebab aku dah lalui macam-macam pengalaman pahit...letih!! Sebab aku tak pernah rasa bahagia dalam hidup ni...sedih!! Sebab hidup aku susah, usaha macam mana pun aku tak pernah berjaya...putus asa!! Bla bla bla. Hmm, jangan macam tu kawan. Ada sebab kenapa hidup kita tak sama macam orang lain. Kenapa kita nak bebankan diri kita dengan memikirkan kesenangan dan kebahagiaan orang lain..? Seharusnya kita terus berusaha untuk buat yg terbaik dalam hidup kita sendiri. Hidup manusia ni ibarat roda. Tak selamanya kita berada di atas. Dan tak selamanya kita berada di bawah.

Hmm... ada macam-macam sebab lagi la kenapa kita ni makin hari makin tidak bersemangat kan. Tapi, aku rasa 5 sebab kat atas tu yg biasa berlaku sejak aku bergelar BLOGger ni. Sentiasa berfikiran positif akan membantu kita menjadi lebih bersemangat. Walaupun susah nak positifkan diri, kita kena cuba. Belum cuba belum tahu, kan..? Jangan kata TIDAK selagi belum mencuba. Wallahu'alam.


p/s : pernah gak rasa tidak bersemangat... tapi rasa tidak bersemangat untuk makan, sebab makan la banyak mana pun... badan ni kurus juga (kes tak bersyukur ke ni..?? ngeee :p)


Post a Comment