They're My Best Buddies

Monday, 19 September 2011

"Irfan tahu kira sampai 20 je..."

Kejadian ni berlaku pada malam Jumaat yg lepas. Masa tu aku tengah bersantai-santai dengan sepupu aku di bilik tidur dia. Sepupu aku (Maz) masa tu tengah menjahit. Rajin pula dia nak menjahit malam-malam macam tu. Tengah borak-borak tu...

Irfan : Makngah...buka la pintu ni. Irfan nak masuk!!

Maz : Makngah tengah jahit baju la sayang. Nanti dah siap makngah buka ye..

Irfan : Alah, buka la sekarang!!

Maz : Tak boleh. Nanti makngah buka...

Irfan : Makngah Dila...Irfan tahu makngah Dila ada kat dalam, kan?? Buka la pintu ni..

Aku : Err..makngah Dila nak tidur la..

Irfan : Alah..buka la..!!

Aku : Okay. Irfan kira sampai 100 dulu. Nanti makngah Dila buka pintu ni..

Irfan : Alah, Irfan tahu kira sampai 20 je...

Aku dan sepupuku terus berpandangan satu sama lain. Lepas tu sama-sama ketawa. Jujur sungguh anak buah sepupuku itu..!!

p/s : nanti aku ajar dia kira sampai 100 pula (",)



Post a Comment