They're My Best Buddies

Tuesday, 20 September 2011

Hari Keluarga

Bagi mereka yg sudah bekerja, pasti pernah melalui detik-detik manis Hari Keluarga di tempat anda bekerja kan. Aku tak pasti bagi mereka yg masih belajar. Tapi, masa aku belajar memang takde sambutan hari keluarga macam ni. Kalau ada pun, sukaneka dan majlis induksi je.

Hari Keluarga yg pernah aku hadiri dah bermacam-macam tempat dan cara. Selalunya tempat tu memang menjadi faktor utama aku untuk menghadirinya atau tidak. Kalau tempat tu jauh dari kediaman dan tidak berbaloi untuk aku menghadirinya, memang aku takkan hadir la. Selama aku bekerja di Mudajaya ni, baru sekali je aku join program macam ni. Selebihnya, aku akan join program yg di'organize' oleh aku dan kawan-kawan sepejabat je.

Selalunya, Hari Keluarga macam ni akan mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja. Setuju..?? Masa-masa begini la kita akan berpeluang untuk mengenali satu sama lain dan dapat beramah mesra. Di tempat aku bekerja, situasi begini mungkin sesuatu yg amat dinantikan. Sebab?? Kami kan bekerja di bawah projek yg berbeza. Jadi, Hari Keluarga macam ni la masanya untuk kami berpeluang untuk mengenali pekerja-pekerja dari projek yg lain.

Secara keseluruhannya, aku sebenarnya suka aktiviti Hari Keluarga ni. Cuma kadang-kadang faktor masa dan keadaan yg tidak mengizinkan aku untuk sertainya. Harap-harap aku dapat sertai Hari Keluarga yg akan datang ni. Mungkin ini aktiviti terakhir untuk aku bersama kawan-kawan di Mudajaya ni. Wallahu'alam.

p/s : Bukit Tinggi...tunggu kedatangan kami!!


Post a Comment