They're My Best Buddies

Thursday, 1 September 2011

Hantu Bonceng

3 Syawal 1432H. Okay. Baru hari raya ke-3. Tapi, kaki ni dah rasa gatal-gatal nak berjalan-jalan makan angin. Bosan dowh dok umah. Tak kemana-mana. Nak ajak mak gi beraya rumah sedara-mara, mak tak nak pula. "Mak tak larat la kakak. Asyik dok melayan perut adik-adik ayah tu...letih dah mak rasa..."

Aisehhh...mak ni, letih pula. So, untuk mengisi masa yg memang sesangat lapang ni, aku pun saja la pelawa adik aku keluar kemana-mana. Sekali terasa nak tengok wayang. Haa...Hantu Bonceng kau!! Layannn...

Panggung memang penuh. Watak utama si Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans tu memang tepat la. Apa yg aku boleh komen...memang best. Tak rugi pergi tengok. Kalau tak tengok pun tak rugi jugak kot..hehehe

Filem ni sebenarnya banyak pengajaran. Sebab tu aku cakap tak rugi pergi tengok. Banyak amalan dan cara hidup manusia terutamanya cara hidup orang Melayu, dipertontonkan. Contoh terbaik, amalan 'Nasi Kangkang'. Aku gelak je tengok si Juliana tu baca mantera masa kangkang kat atas periuk nasi tu. Tapi dalam hati terdetik juga..."macam ni ke cara bini-bini di dunia yg buat nasi kangkang tu..?? teruknya cara dia buat...memang tak senonoh!!"

Watak-watak lain pun memang best la. Si Kunyit yg tak lekang dengan dialog "apa celup tonk???"..memang aku bagi 5 star dengan lakonan dia. Tak sehebat pelakon popular lain la. Tapi, cara dia lakonkan watak Kunyit tu, memang berkesan. Yg lain-lain pun okay la. Ada Jue Aziz yg melakonkan watak Halimaton, sebagai girlfriend Zizan. Ada watak Zahid AF2, sebagai doktor yg terpaksa memikul tanggungjawab merawat pesakit yg kebanyakannya Mat Rempit. Paling best watak Ustaz, lakonan Cat Farish. Ish, pendek kata semua watak best la. Pergi la tengok sendiri...haaa, senang!


p/s : kepada BOHSIA di luar sana, jangan la jadi bohsia lagi...nanti mati ekseden, terus jadi hantu bonceng (",) apa pun cerita ni memang best..thumbs up!!


Post a Comment