They're My Best Buddies

Saturday, 17 September 2011

Cerita Pasal Kahwin

Hmm..tajuk yg amat-amat common untuk ditulis. Tapi, tajuk ni juga yg aku pilih untuk entri aku hari ni. Aku rasa macam pernah juga buat entri pasal kahwin. Ah, tak kira... nak tulis juga!! Hehehe...

Semalam aku menghadiri majlis nikah adik sepupuku di sekitar Jalan Ipoh. Majlis yg sederhana tapi amat meriah dengan kehadiran saudara-mara jauh dan dekat. Aku selaku kakak sepupu yg agak rapat dengannya, cuba membantu apa yg terdaya. Dalam hati, "ish, aku ni asyik attend majlis orang je... majlis aku sendiri bila pula..??" Tu contoh ayat untuk psyco diri sendiri okay.

Hmm, bukan tak pernah tanya soalan tu. Dah banyak kali rasanya. Sampai satu tahap aku rasa macam agak give up juga. Kawan-kawan dan saudara-mara kebanyakannya dah ada komitmen pada rumahtangga masing-masing. Bukanlah jeles. Jauh sekali nak rasa benci dengan keadaan tu. Cuma, kadang-kadang terasa dalam hati sampai bila agaknya aku nak bersendiri macam ni.


Selamat Pengantin Baru Mazlina & Syaffeq
Semoga Bahagia selamanya..amin (",)

Okay Dylla. Muhasabah diri. Memang ada hikmahnya kenapa jodoh kau lambat. Bukan takde ye. Tapi, lambat sikit je. Bukankah Allah S. W.T itu Maha Penyayang dan Maha Agung. Dia menciptakan manusia dengan takdirnya sekali. Setiap dari kita telah ditentukan ada jodoh masing-masing. Jadi, kenapa aku nak risau..?? Ish, aku risau ke..??


p/s : aku tak risau, tapi mak dan ayah yg dah bising-bising... adesss, rimas!!
Post a Comment