They're My Best Buddies

Thursday, 1 September 2011

Cerita Hari Raya

Assalammualaikum W.B.T

3 Syawal 1432H. Alhamdulillah, dah 3 hari kita menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Dah beberapa hari aku tak buka blog ni. Nasib baik sang Spiderman belum sempat bermain-main dengan sesawangnya di blog purple aku ni.

Sana-sini orang bercerita pasal raya. Jadi, aku pun tergerak hati nak cerita pasal raya juga la. Di sini, sambutan hari raya aku rasa agak meriah juga. Lepas je Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja buat pengumuman raya, terus meletup-letup bunyi meriam. Sampai anak buah aku, Azeem, pun sibuk tarik-tarik tangan ayah dia ajak main bunga api.

Pagi raya hari tu, ramai juga adik-beradik ayah dan mak datang beraya. Maklumlah, kami kan penduduk kampung. Jadi, sedara-mara yang balik kampung pulang beraya mestilah tanpa segan-silunya datang ke rumah kami untuk beraya..hehehe. Tiap-tiap tahun macam tu. Sejak ayah buat keputusan untuk menetap di kampung menjaga atuk dan arwah opah 4 tahun lepas, rumah ni tak pernah sunyi dari kunjungan sedara-mara, baik dari sebelah ayah atau sebelah mak.

Hari raya pertama, aku tak sempat nak kemana-mana. Ramai sangat orang datang rumah. Meriah jadinya rumah kecil kami ni. Dengan suara anak buah baruku, Adam, yang memecah sunyi. Dengan suara makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang berbual tak henti-henti. Pening kejap aku jadinya.


Okay la BLOGgers. Aku nak BW jap. Banyak sangat entri baru yang aku tak sempat nak baca lagi. Keseronokan + kemalasan menyambut raya ni buat aku tak rasa nak online (",)

p/s : BW waktu-waktu mak tengah sibuk di dapur...best gile...hoho :p


Post a Comment