They're My Best Buddies

Tuesday, 13 September 2011

Bosan + Blur = Moody...??

Pagi tadi mood aku okay je. Bangun tidur macam biasa. Pergi kerja macam biasa. Sempatlah melayan 1 lagu sebelum sampai ke ofis. Perjalanan dari rumah ke ofis hanya mengambil masa 2 minit je.

Source : Mr.Google

Sampai ofis, mood masih stabil lagi. Tapi, tiba-tiba teringat 1 peristiwa, aku terus moody. Alahai... leceh betul!! Dah seronok rasanya nak buat kerja tadi. Semangat nak update report dan siapkan kerja-kerja yg terbengkalai. Tapi, arghhh... BW jap la nak dapatkan balik mood. Kawan-kawan, hari ni aku jadi silent reader ek. Bukan tak nak komen. Tapi, mood tak bagus tak tahu nak komen macam mana. Kang tersalah komen lak.. hahaha

Oh, peristiwa... kenapa la kau tiba-tiba datang menerjah kepala otak aku ni weh??? Tak boleh ke duduk diam-diam, jangan kacau aku..?? Adesss... bosan la macam ni. Bila peristiwa tu datang menyebok kan kawan-kawan, aku terus hilang fokus. Nak buat apa pun takde mood. Sedih :(

p/s : nyah kau dari sini..!!



Post a Comment