They're My Best Buddies

Monday, 12 September 2011

Bila Menyampuk Tak Kena Tempat

Padan muka aku!! Alamak..pagi-pagi dah padankan muka sendiri. Ape kes ni..?? Hmm..semalam aku online FB. Sekali ada notification yg keluar. Kebanyakan tentang blogger la. Tapi, aku tak kisah. Sebab aku tahu, bila aku dah join komuniti macam tu, aku kena tahu yg notification macam ni memang akan ada banyak kat FB aku.

So, malam tadi ada 1 event yg menjemput para bloggers untuk like fanpage dia dan dalam masa yg sama mempromosi blog. Okay. Aku view la fanpage tu. Sekali...ambik kau!! Betapa banyaknya bloggers yg tulis kat wall tu dengan kata-kata maki hamun dan mencarut bagai. Adesss..terkurang pahala aku sebab aku baca kuat-kuat masa tu.. hahaha

Aku tak faham kenapa orang nak mengamuk sangat pasal event tu. Aku rasa biasa je. Event macam tu kalau kita rasa nak join, join la. Kalau tak nak join, diamkan aje. Senang kan. Kenapa perlu nak maki hamun dan mencarut-carut kat wall yg dah sahih semua orang yg dijemput akan baca. Best ke buat macam tu..? Umpama memalukan orang lain kot. Wallahu'alam.

Aku pun kononnya nak menyelit la tulis-tulis kat wall dia...


Aku takde niat la nak buat sesiapa sakit hati masa tulis macam ni. Sebab bagi aku tu mungkin cara dia promosikan blog. Kalau dia promote blog kat blog dia, macam mana orang nak tahu, kan..? Tapi, yang bestnya, post tu aku tu dapat sambutan hangat la!!!



Hahahaha...cepat melatah betul orang-orang ini. Aku gelak je masa baca komen-komen diorang ni sambil geleng kepala. Hmm..agaknya betul la. Diorang memang suka sangat nak maki hamun, kata-mengata, kutuk-mengutuk. Nanti satu hari aku nak terjah blog diorang. Best sangat agaknya sampai boleh hentam blogger lain sesuka hati.

Pada aku, personally, notification kat FB aku yg ada event atau apa jua promosi sekalipun, tak la menyusahkan. Blogger tu invite kat group. Kalau 1 blogger join 4 group, mestilah dia dapat 4 invitation, logik tak..? Tak tahu la diorang ni tak fikir ke apa. Tulis berapi. Tapi dalam kepala...zero. Ada banyak lagi aku nak upload sebenarnya. Tapi, nanti kontroversi lak. So, aku upload yg ni jelah. Cukup untuk bagi aku pengajaran. Dylla...next time tak yah nak menyampuk tak tentu pasal...!!!
p/s : tapi, salah ke aku bagi pendapat..?? urghhh...

Post a Comment