They're My Best Buddies

Thursday, 29 September 2011

Batu Nisan Hidup

Batu nisan hidup..?? Macam mana tu..? Okay, tadi aku sempat la baca berita kat myMetro tu. Sekali ternampak tajuk "Nisan makin memanjang". Macam menarik. Kejadian ni berlaku kat Kuala Lipis. Batu nisan tu dikatakan telah berusia hampir 300 tahun. Tapi, tumbesarannya tak pernah berhenti. Batu nisan tu dikatakan semakin membesar dari saiz asalnya. Berita lanjut klik SINI


Inilah Batu Nisan hidup yg dikatakan tu

Hmm..kuasa Allah. Aku tak fikir kejadian ni ada kaitan dengan ilmu hitam atau yg seumpama dengannya. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Kejadian-kejadian aneh seperti ini memang agak mistik la kan bagi aku. Kita harus tahu bahawa alam ghaib itu wujud. Cukuplah sekadar tahu sahaja. Begitulah seharusnya. Tak perlu nak lebih-lebih. Nanti jadi syirik pula. Susah nak jawab nanti.

Bercakap tentang syirik ni, buat aku terfikir tentang sesuatu. Mandi Bunga..?? Mesti korang pernah dengar, kan..? Ada yg pernah mendakwa mandi bunga tu salah satu perbuatan syirik. Tapi, aku pernah juga terbaca salah satu artikel yg ditulis oleh Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yg berbunyi, "Jangan kita mentertawakan orang yg buat mandi bunga ni. Ini salah satu usaha mereka untuk menyerikan diri dan sekaligus mendapat jodoh.." macam tulah lebih kurang ayatnya. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Kalau kita dah bergantung kepada sesuatu yg lain macam kes mandi bunga ni, kita dah termasuk kategori syirik la ye..?

Hmm, okay la. Aku nak buat research kejap. Nak buat satu entri khas tentang SYIRIK. Topik ni agak menarik juga nak dibincangkan.

p/s : Aku naik saksi TIADA Tuhan yg disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah (",)
Post a Comment