They're My Best Buddies

Wednesday, 14 September 2011

Banjir Oh Banjir

Hmm..petang tadi hujan lebat selebat-lebatnya. Lepas tu aku tak sedar pukul berapa hujan berhenti, sebab aku dah terlena. Best dowh tidur time hujan..hehehe

Bangun tidur, nak cari makan, tiba-tiba nampak sesuatu yg menarik. Banjir. Eh, banjir tu menarik ke..? Yelah. Kat tempat aku ni banjir jarang sekali. Alhamdulillah. Tahun lepas pernah banjir. Redah banjir nak pergi kerja kawan-kawan. Kali ni macam lebih teruk je. Tahun lepas rumah aku berada di kawasan selamat lagi. Tapi, tadi aku tengok, air makin naik. Kereta aku tu dah la lowered. Alamak aii, nak park kat mana lak kereta ni..??

Aku nak upload gambar. Tapi, snap je gambar gelap sangat. So, esok jelah aku upload ek. Hehehe. Malam ni kena tidur awal. Esok nak bangun pagi. Ada interview. Wish me luck ye kawan-kawan (",)

p/s : tak tahu esok boleh lepas ke tak nak keluar dari kawasan perumahan ni..??
Post a Comment