They're My Best Buddies

Wednesday, 21 September 2011

Allah masih panjangkan usiaku

Hmm...apa kena-mengena tajuk entri tu dengan aku ye..?? Oh, memang ada kena mengena dengan aku. Sangat kena-mengena. Sebab?? Sebab malam tadi aku nyaris dihentam oleh sebuah lori panjang. Mengucap panjang kejap.

Ceritanya macam ni. Malam tadi, lepas balik dari makan, aku pun drive kereta macam biasa la. Dekat traffic light yg pertama dari kawasan Bukit Rahman Putra tu, ada sebuah Serena berhenti kat sebelah aku. Dipandu oleh seorang pakcik dengan anggaran usia 30-40an. Eh, pakcik ke..?? Nanti korang tahu kenapa aku panggil dia pakcik.

Sambung balik. Lepas traffic light hijau, aku masuk gear 1, tekan minyak, kereta gerak macam biasa. Berhenti kejap sebab ada road-block pula kat satu selekoh ni. Si pakcik tu memang dah tarik pick-up dah lepas je dari road block tu. Aku follow belakang dia dengan jarak 2 buah kereta. Belakang aku ada sebuah lori panjang yg jaraknya agak rapat dengan aku.

Jalan tu lurus je. Ada turun naik bukit sikit la. Yg si Pakcik tu aku tak berapa nak faham cara pemanduan dia. Asyik tekan brek. Sepanjang masa lampu brek dia menyala. Ada la 2-3 saat je kot lampu brek dia tak menyala. Takpe lagi. Aku takde la nak follow rapat sangat walaupun lori kat belakang aku ni makin lama makin rapat.

Kat depan ada simpat 4 dan traffic light sedang HIJAU. Pakcik tu boleh brek dan BERHENTI. Eh, biar betul pakcik ni?? Aku masa tu dah tekan minyak lebih sikit sebab nak jarakkan dari lori panjang kat belakang ni. Pakcik tu boleh berhenti. Lampu hijau dia berhenti..???? What the fish..??? Aku memang brek emergency la. Lori tu dah tekan hon yg berterusan. Aku tengok kat cermin pandang belakang, lori tu macam susah nak stop. Pakcik tu tak gerak-gerak jugak. Dari depan ada kereta yg masuk ke lane kanan aku. Jadi, aku tak boleh gerak ke kanan. Di belah kiri pula ada kerb. Pun tak boleh gerak ke kiri juga. Apa aku nak buat..???

Sekali aku pun join driver lori tekan hon. Pakcik tu gerak sikit kereta dia, dan kereta yg masuk lane kanan tu dah lepas, aku terus over-take pakcik tu. Siap buka tingkap. Hon tak berhenti lagi. Aku memang pandang muka pakcik tu macam nak telan dia. Dia buat muka tak bersalah kot..adessss!!

Pakcik ni memang gila la. Kalau tak boleh drive malam, jangan drive. Kalau nak bahayakan nyawa sendiri, jangan libatkan nyawa orang lain. Aku pandang cermin pandang belakang lagi sekali, driver lori dah keluarkan tangan dia. Jari tengah jelas kelihatan menegak ke arah pakcik tu. Mesti driver lori tu pun tengah bengang macam aku juga. Laju jantung aku masa tu dowh. Dan sebab tulah aku panggil dia pakcik. Kebanyakan pemandu yg agak slow macam tu terdiri dari golongan pakcik dan makcik je.

Huh..kalau la pakcik tu tak gerak dan aku tak potong kanan masa tu, memang double impact la. Hentaman depan-belakang. Aku rasa memang dah arwah kot aku malam tadi. Ya Allah, syukur Kau masih panjangkan usia aku.

p/s : Nasib baik takde rasa fobia nak drive kereta...hehehehe (",)



Post a Comment