They're My Best Buddies

Sunday, 11 September 2011

Alhamdulillah...rezeki!!

Hmm..patutnya entri ni ditulis semalam. Tapi, nak buat macam mana. Semalam aku tidur awal. Hahaha.. baik punya landing, terus lena. Gara-gara perut yg penuh melampau akibat pemakanan yg tidak terkawal kerana menghadiri 3 open house dalam 1 hari. Rezeki tu..alhamdulillah (",)

Rumah 1 : Laksa, nasi lemak dan kuih muih. Perghhh..sambal ikan bilis dia memang kelasss gitu!! Serius sedap. Tapi sebab aku ni hantu laksa, jadi nasi lemak tu aku makan sekali jelah. Laksa tu sampai 2 kali tambah. Tak malu..hehehe

Rumah 2 : Laksa, kueyteow goreng, rojak buah, kek coklat, roti bakar tuna dan kuih-muih. Ya Allah... laksa lagi!! Layan kan aje.. hahahaha...rumah ke-2 ni aku pergi petang lepas kerja.  Pagi tu kat ofis, kak wati yg buat open house tu dah sound awal-awal, "jangan lupa datang.." baik kak..saya menurut perintah. Makan punya pasal.. takkanlah tak nak datang kot (",)

Rumah 3 : Soto dan kuih muih. Okay. Menu simple. Tapi, agak best sebab dapat makan soto. Dah lama mengidam. Lagipun, perut dah agak penuh dengan makanan dari rumah yg ke-2 tu. So, makan soto pun dengan perasaan yg teruja sambil mem'budget' sebanyak mana lagi makanan boleh disumbat dalam perut ni.

Masa open house tu, sempatlah snap gambar barang sekeping dua. Rasa best nak upload sebab aku pakai baju raya.. walaupun baju raya beberapa tahun yg lepas. Eh, muat lagi?? Takde perkembangan. Nak buat macam mana.. hahahaha


Mereka rancak berbual sampai tak sedar diri di'snap'


Anak tuan rumah 1 yg begitu teruja
melihat duit raya di tangan

Baris belakang dari kiri - Mira, Fir dan Puspa
Baris depan dari kiri - Natrah dan Zanx

Adegan tak boleh blah..!!


p/s : lepas ni ada lagi ke yg nak buat open house ye..??



Post a Comment