They're My Best Buddies

Friday, 2 September 2011

Aku Rindu Dia

Baru je 2 hari dia balik ke Kemaman, tapi aku rasa perasaan rindu ni macam apa je. Tiap-tiap hari tengok gambar dia. Setiap masa layan video klip dia. Tengok nama dia pun dah cukup untuk menghilangkan perasaan rindu ni.

Adesss...please ye..ini bukan entri jiwang karat okay. Aku sebenanrnya rindu kat anak buah aku, Adam. Sebelum aku dapat jumpa dia sebelum ni, mak selalu cakap Adam tu saling tak tumpah macam aku masa aku baby dulu. Rupa dia, badan dia, kulit dia, serba-serbi pasal dia semuanya 'copy' aku. Aku mula-mula tak la nak percaya sangat. Adam tu kan baby boy. Mana mungkin sebijik-sebijik sama macam aku.

Sekali, bila aku balik kampung puasa ke-28 hari tu, baru aku faham maksud mak aku. Bila aku pandang Adam, aku terasa macam pandang diri sendiri. Dengan anak buah aku yg sulung tu, Azeem, takde pula aku rasa macam tu. Dengan Adam ni aku rasa lain. Sepanjang masa aku nak berkepit dengan dia je. Saat paling best bila aku dapat dodoikan dia dalam pangkuan aku. Syahdu beb!!

"Adam tu kuat menangis macam kakak masa kecik dulu..."

"Adam tu kecik je badan dia, memang macam kakak masa kecik dulu..."

"Adam tu suka kena dodoi dalam pangku macam kakak masa kecik dulu..."

"Adam tu muka dia bujur, dagu kecik je, macam kakak masa kecik dulu..."

Pendek kata apa yg ada kat Adam tu semuanya macam aku la masa aku kecik dulu. Kecuali jantina kami jelah yg berbeza. Kalau la Adam tu baby girl, for sure aku akan gelar dia 'Dylla Jr.'

Adam Zulqarnain





p/s : practice makes perfect (",)



Post a Comment