They're My Best Buddies

Thursday, 15 September 2011

Akhirnya Dapat Juga Upload

Tadi baru post entri pasal banjir kat tempat aku ni. Nak upload gambar, tapi tak dapat kan..? Sekarang dah boleh. Terpaksa turun bawah alihkan kereta sebab air dah naik paras bahaya. Jadi, alang-alang nak alihkan kereta, bawa la kamera sekali.. hahaha

Cepat betul air naik. Aku rasa lepas 15 minit je. Tengok jalan depan rumah aku dah tak nampak tar. Sebelum tu, aku dengan housemate beria bincang pasal levelling kat kawasan perumahan ni tak bagus. Yelah, rumah depan dah naik air. Rumah kami, okay je tadi. Tapi, sekarang..?? Hmm..harap-harap esok pagi surut la. Aku dah la nak kena keluar awal. Ada interview ni.

Jom layan gambar banjir.. hehehe

Pemandangan banjir dari tingkat atas rumah aku

Sian kat kete aku..terpaksa berendam dalam air

Bila banjir, macam-macam benda berenang


p/s : Ya Allah, Kau surutkanlah banjir ni agar segala urusan kami dapat dipermudahkan..amin



Post a Comment