They're My Best Buddies

Friday, 12 August 2011

Tunaikan Kewajipan Anda

Kewajipan apa tu..?? Opss..lupa pula..assalammualaikum dan selamat pagi BLOGgers..!! Okay, berbalik pada tajuk entri kat atas, 'Tunaikan Kewajipan Anda'

Bulan Ramadhan..?? Kewajipan selain berpuasa..?? Betul..Zakat Fitrah..!!

Hari pertama aku mengunjungi bazar Ramadhan, aku nampak ada Amil yang dah buka kaunter zakat. Aku tersenyum je. Tahun lepas aku bayar zakat melalui khidmat sms. Senang. Mudah. Mungkin tahun ni aku akan gunakan kaedah yang sama kot. Tak kisah la. Yang penting, bayar (",)

BLOGgers yang lain macam mana..? Dah mulai bayar zakat fitrah..? Banyak masa lagi. Okay. Memang masih ada banyak masa lagi. Even sebelum solat sunat Hari Raya pun kita masih boleh pergi bayar. Tapi, takkan la nak tunggu last-minute baru nak bayar, kan..? Ibarat 'dah nak terberak, baru nak gali lubang.'

p/s : Jom kita berzakat..!!

Post a Comment