They're My Best Buddies

Tuesday, 16 August 2011

Terima Kasih Semua..!!

** Entri khas ini ditulis semata-mata nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua followers yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni (",)


Aku masih tak lupa, sejak mula blog ni dibuat, aku langsung TAK ADA follower..!! Berbulan-bulan column follower aku tu ZERO ye kawan-kawan. Lepas tu, my BFF buat blog juga. Dia follow aku, aku follow dia. Dah ada 1 follower. Tu pun passive punya follower. Aku terfikir masa tu, "penting ke ada follower ni..?" Kadang-kadang bosan juga bila kita tulis kita baca sendiri, kan..? Jadi, jawapannya : follower tu PENTING..!!

Hmm..ntah macam mana 1 hari tu aku terklik kat Kelab Gila Blogger kat FB. Dari situ aku dapat lihat begitu ramai BLOGgers kat Malaysia ni rupa-rupanya. Aku BW mereka satu demi satu. Yang mana aku rasa dapat melahirkan entri yang menarik, yang itu la aku follow. Sampai la tersangkut kat blog Ben Ashaari. Masa tu memang tak tahu langsung siapa la dia ni. Tapi, melalui segmen dia la, follower aku makin bertambah (walaupun tak la banyak sangat pun..huhu :p) Tak lupa juga pada cik Nilam Suhana a.k.a Istana Biru. Melalui segmen dia juga aku dapat kenal dengan BLOGgers lain :)

Aku sekarang terfikir untuk menulis entri-entri yang lebih menarik untuk menarik perhatian BLOGger lain, termasuk la follower aku. Jadi, hari-hari aku BW, buat revision (macam budak sekolah plak..), cuba cari ilmu dan info sebelum mula buat entri. Bak kata BLOGger yang dah senior ni, "Jangan tulis entri mengarut. Takde orang nak baca nanti.."

Walaupun aku cuba lari dari menceritakan perihal diri sendiri, tapi tak dapat nak bendung la. Rasa macam best dapat share pengalaman diri dengan kawan-kawan lain.

Lepas ni aku akan cuba untuk menulis entri yang lebih baik lagi. Itu janji aku kepada diri aku sendiri dan tentunya kepada semua BLOGgers kat alam maya ni.

p/s : Happy BLOGging..!!

Post a Comment