They're My Best Buddies

Friday, 12 August 2011

Tazkirah Sebelum Berbuka Puasa #2

Bismillahirrahmanirrahim...

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."
- Suratul Baqarah : Ayat 183


Sabda Rasulullah S.A.W :
Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa adalah milikku dan aku akan membalasnya. Puasa adalah perisai. Maka apabila seseorang berada pada hari berpuasa, dia dilarang menghampiri (bercumbu) dan meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang, maka dia berkata, "Sesungguhnya aku berpuasa demi kerana Allah yang mana diri Nabi Muhammad S.A.W ditangan-Nya, maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah S.W.T pada hari qiamat, yang berbau kasturi. Dan bagi orang berpuasa, dua kegembiraan yang mana dia akan bergembira dengan keduanya. Apabila dia berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila dia bertemu dengan Allah, dia bergembira dengan puasanya."
(Riwayat Bukhari Al-Muslim)
Post a Comment