They're My Best Buddies

Tuesday, 2 August 2011

Tahun ni JAHIT baju sendiri lagi ke ye..??

Dah 3 tahun aku jahit baju sendiri untuk raya. Tahun ni takkan nak jahit baju sendiri lagi ek..? Tapi, memang la tak sempat nak hantar tempah dah. Takde tailor yang baik hati nak ambil tempahan sekarang ni. Adeiii..merangkak la jawabnya aku lepas ni. Nak siapkan sepasang baju tu umpama berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Hahahaha...

Baju Raya Tahun 2008 - dapat ilham jahit baju ni dalam mimpi
Baju ni siap ada kipas-kipas kat lengan dan bahagian tepi..gila arr!!
Huh..semangat-semangat. Jahit baju sendiri pun bagus juga. Nanti ada budget untuk beli benda lain. Kasut raya ke, handbag raya ke...sebab musim raya so semua benda pun kena ada RAYA kat hujung namanya (",)


Baju Raya Tahun 2009 - teringin nak pakai kaler putih
Inilah hasilnya!!
Baju Raya Tahun 2010 - green peace..!!!

p/s : tahun ni baju aku kaler purple...tapi, tema family aku kaler hijau..ish..

Post a Comment