They're My Best Buddies

Friday, 12 August 2011

Sang Ular, Maafkan Aku..!!

Jam dah pukul 4.30 minit pagi. Tapi mata aku masih segar. Bosan. Blogwalking la. Tiba-tiba rasa nak buat entri. Entri ni agak menarik kot. Baca la kalau tak percaya.

Tadi sebenarnya dah terlelap. Lepas azan Isya' sampai la pukul 12.00 tengah malam. Ish, miss tarawih malam ni :( Pasal apa ntah ngantuk sangat tadi. Padahal masa buka puasa takde la makan banyak sangat. Nak kata ngantuk sebab perut penuh macam tak logik je.

Tengah lena tu tiba-tiba sang bf call pula ajak sahur. Alamak..sahur pukul 12.00 tengah malam!! Adess..aku bukan la jenis yang bangun sahur pun. Tapi, hmm pergi jugak la. Aku turutkan je permintaan si dia. Bukan nak buat apa pun. Nak sahur je. Dia nak makan berteman. Okay. On.

Balik dari sahur tu, baik punya tengah layan speed, tiba-tiba ular sawa (rasanya la kot) melintas dan berhenti kat tengah jalan. Besar gila beb!! Aku tak sempat nak mengelak apatah lagi nak brake. Meter dah cecah 140km/j. Tak mungkin sempat berhenti kalau aku emergency brake sekalipun. Apalagi...innalillahiwainna ilaihiraji'un..

Err..aku tak tahu la ular tu mati ke tak. Tapi, yang aku pasti kereta aku memang terangkat sikit la masa langgar ular tu (bayangkan betapa besarnya beliau..) Ya Allah, aku memang takde niat langsung nak langgar. Memang panik la tadi. Terus aku baca Ayatul Kursi. Tu yang terlintas kat kepala aku. Terus call sang bf. Dia suruh aku balik rumah terus. Jangan singgah mana-mana lagi. Baik, saya menurut perintah!!

On the way nak sampai rumah, aku asyik terbayangkan ular tu. Aku nampak jelas kepala dia sebelum aku langgar. Park kereta, terus keluar tengok tayar. Adess..ada darah!! Sah memang aku langgar benda hidup. Bukan kayu atau khayalan aku semata-mata. Ya Allah, minta ampun. Saya tak sengaja :(

p/s : moral of the story, jangan keluar dan balik lewat malam!!
Post a Comment