They're My Best Buddies

Tuesday, 16 August 2011

Sakitnya Jiwa Bila Terpaksa Berdepan Dengan Sexual Harrassment..!!

Selamat petang semua..!!!

Tengok topik pun dah rasa entri ni sesuai dibaca oleh kaum Hawa je. Tapi, tak jugak kot. Mungkin ada terselit seorang dua lelaki yang berdepan dengan masalah macam ni, kan..?



Tak nak cerita pasal orang lain la. Cerita ni memang apa yang terjadi kat diri aku sendiri. Selama hampir 6 tahun aku bergelar 'pekerja' ni, macam-macam ragam dan kerenah manusia yang aku jumpa. Tu baru 6 tahun. Kalau 10 tahun..?? 15 tahun..?? Haa..mesti lagi banyak experience yang boleh aku dapat.

Sexual Harrassment ataupun gangguan seksual ni dah biasa berlaku. Kat mana-mana pun ada. Cuma ada yang bernasib tak baik je akan terkena gangguan macam ni. Contohnya, aku la..!!

Okay. Manusia yang aku maksudkan tu ialah Subcon kat sini. Memang aku banyak deal dengan dia. Semua material untuk kerja-kerja dia, aku yang in-charge..100%..!! Mula-mula jumpa dia, aku takde la nak rasa apa-apa. Dia pula jenis yang cakap tersengih-sengih, so aku takde la nak melayan sangat. Takde hati nak melayan pun. Urghhh..

Gangguan 1 :
"Saya geram la tengok awak. Rasa nak pegang-pegang je.."
What The Hulk..?????? Ingat aku kuih apam ke nak geram-geram. Hari tu, aku pakai punya la sopan. Takde la nak terdedah sana-sini sampai boleh buat orang lain geram..eeeeee!!!

Gangguan 2 :
"Saya ada seorang staff Sarawak. Kalau dia buka baju, penuh tatu kat badan. Dila kalau buka baju, mesti ada tatu special kan..??"
Ish..rasa nak bagi makan kasut je orang tua ni..!! Gila la dia..!!

Gangguan 3 :
"Dila, bluetooth kat saya gambar awak...send yang 'baik' punya.."
Mangkuk ayun bin mangkuk jamban la dia ni..!! Suka-suka hati je nak minta itu ini kan. Tak terfikir ke kalau ada orang buat macam tu kat ANAK perempuan dia..??

Yang buat aku bersabar ni sebab bulan puasa je. Kalau bukan bulan puasa, memang aku fire dia cukup-cukup. Tu pun aku ada la jugak sound tepat kan. Cuma tak masuk kat kepala otak dia je. Kalau masuk takkan la dia nak ulang banyak kali keGATALan yang serupa, kan..??

Adik-adik dan kakak-kakak kat luar sana, bila terpaksa berurusan dengan orang sebegini, jaga la diri baik-baik. Jangan sesekali melayan. Diorang ni bukan kira kita ni anak orang ke, bini orang ke, atau sesiapa jelah. Kalau dah memang dalam kepala otak diorang tu ada NAFSU lebih dari akal, macam ni la jadinya. Pelik kan..lelaki bukan ada 1 NAFSU je ke..??

p/s : Sharing is caring (",)
Post a Comment