They're My Best Buddies

Friday, 5 August 2011

Raya dan TRAGEDI mercun tak boleh dipisahkan


"Selamat Hari Raya... Hari untuk kita bersuka ria.. Lalalala.."


 
Hahaha..dulu kecil-kecil kalau main mercun mesti kena nyanyi lagu ni. Tak tahu la kenapa, tapi MAJORITI yang bermain mercun atau bunga api, secara gear automatik akan menyanyikan lagu Raya yang pernah dipopularkan oleh Saloma ni.

Semalam, kat Kota Bharu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, dan dipercayai mangsa PERTAMA mercun di negara kita ni, terpaksa bermalam di hospital akibat cedera parah di bahagian tangan kirinya. Alahai, kesian..bulan puasa kena tidur hospital lak dia.

Remaja tu dikatakan menyalakan mercun ketika membonceng motosikal dengan kawannya. "Ini satu kesilapan. Saya tak pernah nyalakan mercun ketika bawa motor" Hmm..kesilapan tu dia kena tanggung la akibatnya, kan..??

p/s : BLOGgers..JANGAN main mercun tau!!


Post a Comment