They're My Best Buddies

Thursday, 11 August 2011

Part 2 - Kehidupan Baru

Azeem membesar seperti kanak-kanak lain. Dia punya ibu dan ayah yang amat sayangkannya (maklumlah anak sulung) Dia juga punya atuk dan opah yang sering merinduinya.



Keletahnya yang mencuit hati membuatkan aku sendiri asyik terfikirkannya. Membayangkan anak buah aku tu, memang tak senang duduk jadinya. Tak tahu kenapa, tapi aku terlalu sayangkannya. Mungkin sebab aku memang sukakan budak (eh, ye ke?? hahaha)

Sampai la usia Azeem mencecah 7 bulan, dan kebetulan aku dapat kerja baru di sekitar Petaling Jaya. Terus aku buat keputusan untuk tinggal dengan abang. Dekat sikit dengan anak buah aku tu. Hari-hari boleh tengok dia, boleh bermain dengannya. Dia membesar di depan mata aku. Pelbagai jenis permainan aku belikan untuknya. Abang aku selalu cakap yang aku terlalu manjakan anak dia. Biarlah. Bukan orang lain pun. Darah daging aku juga kan.


Masa tu, aku selalu cakap dengan Azeem walaupun dia tak pernah faham, "Azeem, cepatlah besar. Makngah tak sabar nak borak-borak dengan Azeem ni.." Hahahaha..sampai tahap macam tu. Nak keluar kemana-mana pun aku akan bawa dia sekali. Dan memang la antara semua makcik dan pakcik yang dia ada, dia paling kenal aku :)

p/s : Part 3 - Merangkaklah anak buahku!!


Post a Comment