They're My Best Buddies

Wednesday, 10 August 2011

Part 1 - Indahnya Kelahiranmu

Masa tengah sibuk-sibuk nak cari menu apa untuk berbuka puasa hari ni, aku teringat kat anak buah aku, Azeem. Rindu kat dia walaupun baru jumpa last weekend. Tiba-tiba dapat idea nak tulis sesuatu tentang Azeem yang akan aku labelkan dalam kategori 'Kerenah Azeem'..ish..best..best :)

Azeem ni anak abang aku. Dia cucu sulung mak dan ayah aku la pendek kata. Sebelum kelahiran dia, aku dah excited gile. Maklumlah, nak naik pangkat jadi makngah. Walaupun tak tahu apa jantina dia (masa tu abang dan kakak ipar aku berkeras tak nak scan baby) aku dah standby dengan baju baby yang comel-comel. Geram je aku tengok baju tu. Aku beli la. Sampai kena marah dengan mak.

Malam kelahiran dia, abang aku dah sms. "Alhamdulillah, anak lelaki. Dua-dua selamat." Aku terus call abang. "Comel tak?" "Muka dia macam siapa?" "Berat anak kau berapa, bang?" Macam-macam soalan la aku tanya. Sampai abang aku malas nak layan. Huh..


Azeem : hari ke-2

Terus aku suruh dia mms gambar anak dia tu. Tapi, "gila apa?? anak aku dalam incubator la..mana boleh tangkap gambar.." Ish, mana la aku nak tahu. Tak pasal-pasal kena marah.

Esoknya, pagi-pagi lagi aku dah siap. Nak pergi rumah abang aku. Lepas je dia hantar sms kata kakak ipar aku dan Azeem dah discharge, terus aku berdesup pergi rumah dia. Bawa kereta mengalahkan Michael Schumacher..hahahaha (",)

Ya Allah, subhanallah..indah sungguh ciptaan-Mu. Comel sangat anak buah aku. Sebijik muka abang aku masa dia kecik dulu. Kawan-kawan abang yang dah datang melawat, memanggil Azeem dengan gelaran Razi Jr. Wahhhh..best!!

Okay. Dah la sikit-sikit untuk entri kali ni. Aku pun tiba-tiba takde idea nak tulis panjang-panjang. Nanti aku sambung lagi ek.
p/s : Part 2 - Kehidupan Baru

Post a Comment