They're My Best Buddies

Friday, 19 August 2011

MUFC..masihkah di hati..??


Hmm...dah lama sangat rasanya tak ambil tahu tentang team yang pernah aku puja-puja (cheh..!!) sebelum ni. Aku mula mengikuti perkembangan team ni sejak aku berusia 11 tahun kot. Masa tu pemain yang menjadi pujaan hati tentu la Eric Cantona. Gila arr..sanggup tidur lambat nak tengok MU punya match. Sampai ayah pun pelik. Dia fikir aku tengok bola tu sebab nak temankan dia. Oh, mungkin tidak..!!

EVOLUSI JERSI No.7

Eric Cantona - Penyarung Jersi No.7 yang ke-3
Okay. Aku tak nak cerita pasal George Best atau Bryan Robson. Sebab, masa aku dah mula minat dengan team ni, aku tak pernah tahu kewujudan mereka berdua. Hanya selepas aku betul-betul ambil tahu tentang team ni, baru la aku tahu ada 2 lagi lagenda MUFC yang pernah menyarung jersi no.7 sebelum Eric Cantona.

David Beckham - Penyarung Jersi No.7 yang ke-4
Perghhh...hensem sih mamat nih!! Lepas Eric Cantona takde dalam team, Beckham pula ambil alih menyarung jersi no.7 ni. Sebelum tu, aku dah tahu tentang kewujudan dia. Dan masa tu dia menyarung jersi no.10. Masa mula-mula aku tengok match di mana Beckham dah pakai jersi no.7 ni, aku terus rasa kagum. Bukan sebab dia hensem. Tapi, sebab kemampuan dia jaringkan goal bila dapat peluang untuk free-kick. Tak tahu macam mana dia buat. Tapi, lencongan dia memang tepat. Tak tahu la bahasa aku ni betul ke tak kan. Aku suka tengok bola. Tapi, aku tak pandai cakap 'bahasa' bola (",)

Cristiano Ronaldo - Penyarung Jersi No.7 yang ke-5
Haa..mamat ni mesti semua orang kenal. Selain dari kehebatan bermain bola, dia ni boleh tahan gak dengan kontroversi. Macam-macam skandal. Tapi, tu tak penting. Apa yang penting dia komited dengan team ni, hinggakan namanya melonjak naik.

Michael Owen - penyarung Jersi No.7 yang ke 6 (latest)
Aku pernah tahu si Owen ni dulu bermain untuk Liverpool. Masa aku mula-mula 'follow' MUFC punya perkembangan lagi aku dah tahu kewujudan dia. Masa tu, abang aku yang peminat fanatik Liverpool, selalu jadi kawan bertekak aku. Gaduh pasal bola. Ntah apa-apa jelah.

MUFC 2010/2011
Sekarang ni nak cakap pasal MUFC pun aku segan. Tak berani nak menyampuk sebab memang dah banyak yang aku ketinggalan. Dalam skuad terbaru ni pun, muka yang masih aku ingat ialah Gary Naville. Dan tentulah Alex Ferguson tu kan - the best manager ever..!! yang lain-lain tu aku tak cam langsung. Atau mungkin masih orang yang lama, cuma muka je dah berubah. Yelah, kalau muka aku pun berubah dari usia 11 ke usia sekarang ni, tak mungkin muka diorang ni kekal macam tu, kan..?

Kalau nak ingat balik pasal betapa gilanya aku dekat team MUFC ni, memang tak boleh nak cakap. Seronok juga bila ingat balik dulu-dulu terpaksa berjimat-cermat semata-mata nak beli majalah Glory Glory Man United. Lepas tu, kat bilik penuh dengan poster-poster pemain MUFC. Sampai mak dan ayah geleng kepala. Masa dapat sambung belajar kat Arau, aku masih tetap dengan minat yang sama. Tuala mandi, jam loceng, mug, cadar tilam, sarung bantal, jam dan semua barang la pendek kata, PASTI kena ada logo MUFC di atasnya...!! Gila dowh, betapa fanatiknya aku tika itu :)

p/s : MUFC tetap jadi team pilihan aku walau tak segah dahulu (",)


Post a Comment