They're My Best Buddies

Tuesday, 9 August 2011

Lagu Raya

Selamat petang semua..!!

Waktu-waktu macam ni dalam kepala memang tengah pening memikirkan juadah apa yang teringin untuk dinikmati masa berbuka puasa nanti.
** tapi hari ni buka puasa kat Kelab Rahman Putra Malaysia..best..best!!

Sambil-sambil siapkan kerja ni, tiba-tiba bos kecik pasang lagu raya pula. Huh...semangat terus!! Siap tanya lagu apa yang aku nak dengar. Thank you boss..you are so understanding (",)

Tengah sedap layan lagu raya, teringat lak masa kecil-kecil dulu. Aku membesar dengan 3 orang adik-beradik lelaki (masa tu yang bongsu belum ada lagi). Kami masing-masing ada lagu raya kegemaran masing-masing. "Haa..lagu M.Nasir ni aku dah chop. Jangan sape-sape nyanyi!" Begitulah dialog yang selalu keluar dari mulut kami. Kalau ada salah seorang dari kami yang nyanyi lagu kegemaran orang lain, memang ada yang mengamuk la. Kelakar. Padahal lagu je. Nyanyi jelah. Hahahaha.. memang rasa nak senyum  sorang-sorang la bila ingat balik.
** tak tahu la abang, alang dan adik ingat lagi ke tak...

p/s : Rindu kat adik-beradik aku, walaupun baru je jumpa abang dan adik weekend yang baru lepas ni. raya tahun ni abang dan alang beraya kat rumah mertua diorang. Kami bertiga jelah yang ada :(

Post a Comment