They're My Best Buddies

Saturday, 6 August 2011

Kisah bosan

Bosan. Bosan. Bosan. Ish..perkataan tu kategori negatif kot. Kenapa la sibuk nak berlegar-legar dalam kepala otak aku hari ni..? Bosan kot. Sabtu kena kerja (padahal dah 2 tahun lebih aku kerja kat sini..memang Sabtu tu hari bekerja la...)

Tak sabar nak balik kampung. Buka puasa dengan mak dan ayah. Oh, anak buah aku yang comel tu pun akan balik minggu ni. Wahhh, seronok..seronok!!

Tiba-tiba teringat perbualan telefon 2 hari lepas dengan anak buah aku yang baru berusia 3 tahun tu :


Aku : Hello..
Azeem : Hmm..
Aku : Azeem tengah buat apa tu..?
Azeem : Tengah nenen (minum susu botol..)
Aku : Nak sikit
Azeem : Ish, sibuk la makngah ni..! (terus pass telefon kat ibu dia)
Hampeh punya anak buah. Slumberland je dia sound aku. Itulah perangai dia kalau tengah menyusu, janganlah kacau. Memang bo layan la!!

Post a Comment