They're My Best Buddies

Tuesday, 9 August 2011

ISTANA BIRU nak berkenalan

Assalammualaikum BLOGgers..!!

Klik Banner kat atas bagi sesiapa yg nak tambah kenalan (",)

Al-kisahnya, pagi tadi blogwalking Permata Biru, ternampak la segmen ni
Hari tu memang ada terbaca entri segmen yg cik PERMATA BIRU dah janji nak buat
So, bila dia dah buat ni terasa la nak join
Nak tambah kenalan, selain dari nak mengaktifkan diri dalam dunia BLOGging ni

Untuk sesiapa yg tak pernah pageview aku sebelum ni :
Nama aku yg sepenuhnya adalah NOR DALILA ABAS
Tapi, korang boleh panggil Dylla je
Ada juga budak-budak kat ofis ni panggil kak Dil (untuk adik-adik je tau..)
Asalnya, mak aku nak letak nama aku Farah
Tapi, entah macam mana masa sampai tempat pendaftaran tu lain yg jadi
Ayah aku tiba-tiba terasa nak letak nama lain
Dalam kepala otak dia, terlintas nama Nor Dalila
Yang Bermaksud : Cahaya Petunjuk
Aku suka sangat nama ni (sebab masa kecik tak boleh komplen apa-apa)
Ada maksud yang sangat baik
Walaupun aku ni tak la baik sangat
Sedang dalam proses untuk memperbaiki kelemahan diri..insyaAllah

Sifat-sifat baik yang ada dalam diri..??
Periang - selalu hepi kan diri sendiri untuk bagi org lain hepi
Penyabar - kadang2 tak sabar juga
Pemaaf - walaupun ada kalanya dah maaf tapi tak lupa
Berdikari - mesti la..SINGA!!
Pendengar yang baik - selalu jadi tempat meluahkan perasaan (",)
Setia - urghhh..statement!! hehehehe..

Sifat yang sebaliknya pula :
Panas baran - sebab tu kat atas aku tulis kadang2 tak sabar
Degil - selalu tak nak dengar cakap orang
Sensitif - cepat terasa hati..kuat merajuk..hoho :p
Selalu ada rasa syak wasangka - susah kan..??

"Kita adalah manusia yang tak sempurna. Walau apapun kelebihan dan kekurangan kita, kita akan saling melengkapi sesama sendiri"

p/s : jom la kita kenal-kenal (",)


Post a Comment