They're My Best Buddies

Monday, 1 August 2011

homemade Macaroni CARBONARA...yummy..!!!

Hmm..baru 1st day puasa. Baru pukul 2.30pm. Tapi dalam kepala otak ni dah merancang-rancang nak makan apa untuk buka puasa nanti. Hehehe..last week dah janji dengan housemate nak masak carbonara. Zanx..akak ganti macaroni tu dengan spaghetti pula ek. Tukar sikit (",)


Kalau kawan-kawan nak cuba resepi ni, boleh la cuba. Senang je..!!

Bahan-bahannya :
1 bungkus spaghetti / macaroni
1 tin Campbell Mushroom Soup
1 tin Campbell Carbonara Sauce
4/5 ketul sosej ayam (dipotong halus)
1 tin mushroom button
1 kiub Pati Ayam Knorr
Sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
Bawang putih & bawang merah secukup rasa (untuk menumis)
1/4 kg Udang

Cara memasak :
Spaghetti / Macaroni
Rendam sehingga 10 minit. Kemudian, rebus hingga lembut. Jangan terlalu lembut. Nanti kalau terlalu kembang rasa mual nak makan (eh, ye ke..??). Ada orang suka letak minyak masa nak rebus tu (hmm..rasanya sebab tak nak bagi melekat kot..ntah :p) Terpulang. Ikut selera masing-masing.

Carbonara Sauce
1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
2. Lepas tu masukkan lada hitam yang dah ditumbuk halus tu.
3. Campurkan pula sosej dan mushroom button. Gaulkan hingga naik bau.
4. Lepas tu, masukkan mushroom soup dan carbonara sauce.
5. Masukkan 2 tin air (guna tin Campbell tu) Kacau hingga sebati.
6. Lepas tu masukkan kiub pati ayam. Kacau dan biarkan ia masak sendiri (dalam 10-15 minit)
7. Masukkan udang sebelum ia hampir masak. Udang tak boleh masak lama-lama. Nanti spoil rasa carnonara tu.

p/s : Masakan ni tak perlu letak garam atau perisa tambahan (",)

SELAMAT MENCUBA..!!

** credit to Amelia Aziz for the recipe **

Post a Comment