They're My Best Buddies

Tuesday, 9 August 2011

Hati Terasa Membengkak

Aku baik dengan dia - Dia balas yang buruk
Aku jaga air muka dia - Dia jatuhkan reputasi dan maruah aku
Aku bantu dia seboleh mungkin - Dia tak kenang budi
Aku ikhlas berkawan dengan dia - Dia tikam aku dari belakang



Korang mesti ada yang pernah melalui situasi macam ni, kan..? Tak kisah la dengan kawan atau dengan kekasih hati. Apa yang korang rasa..?? Bengang? Sedih? Kecewa?

Kalau tanya aku, aku akan rasa sesuatu di dalam hati. Bukan sakit. Bukan pedih. Tapi, sesuatu yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Hati aku akan membengkak mengalahkan orang yang berpenyakit hati.

Tapi, kalau perkara tu akan sangat-sangat meninggalkan kesan...aku malas nak fikir banyak. Buat apa buang masa fikirkan orang macam tu kan.

p/s : Buat baik dengan orang lain boleh. Tapi, jangan terlalu baik sebab ia akan memakan diri kita sendiri. Wallahu'alam (",)

Post a Comment