They're My Best Buddies

Tuesday, 9 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 8

Assalammualaikum W.B.T BLOGgers..

Malam ni terasa agak panas la. Lepas balik dari tarawih tadi, terasa macam nak mandi lagi. Tapi, orang kata tak elok mandi tengah-tengah malam. Nanti badan sakit (padahal malas..huhu :p)

Siang tadi, berita tentang bos kecik aku akan ditukarkan ke projek Manjung memang menjadi kenyataan. Dia akan pergi 15hb nanti. Hmm..sedih la. Walaupun aku dengan dia selalu gaduh, masam-masam muka, selisih faham, tapi dia la bos terbaik yang pernah aku ada. Nanti, bila dia dah pergi, aku tinggal seorang je kat sini. Bosannya :(

Dia cakap, "Saya pergi sana dulu maa. Nanti saya boleh survey tempat makan yang best. Bila projek sini sudah siap, you datang sana, saya boleh bawa you jalan-jalan..." Adeiii..padahal aku orang Perak. Manjung tu dah selalu sangat aku pergi. Orang Sarawak pula nak bawa aku jalan-jalan kat sana. Kelakar.

*   *   *   *   *

Tarawih malam ni, aku rasa macam tak khusyuk je solat. Dengan mata yang teramat beratnya, dengan badan terasa letih, tak tahu la ibadah aku tu diterima atau tak. Tapi, tazkirah lepas tarawih rakaat ke-4 tadi menarik juga. Walaupun mata aku dah lelap, tapi otak aku jelas menangkap setiap butir ucapan ustaz tu.

Sabda Rasulullah S.A.W : "Antara semua manusia di atas muka bumi ini, sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang berilmu. Kerana hanya yang berilmu saja benar-benar faham dan dapat mengamalkan ilmunya di dalam setiap ibadah."

Aku terfikir sejenak. Ibarat kita membaca Al-Quran. Baca memang lancar. Cukup dengan segala tajwidnya. Tapi, kita tidak pernah faham apakah maksud di sebalik setiap ayat. Perbuatan yang amat sia-sia. Alangkah ruginya aku menjadi orang yang rugi.

p/s : Aku mesti bertekad untuk membaca tafsir Al-Quran pula lepas ni. InsyaAllah (",)


Post a Comment