They're My Best Buddies

Sunday, 7 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 7

Dah seminggu rupa-rupanya kita berpuasa. Esok dah masuk minggu ke-2 pun. Alhamdulillah. Tapi, aku masih belum dapat melelapkan mata. Teringat 'diari' yang belum di update. Teringatkan kisah temanku yang sedang bersedih hati. Macam mana la agaknya aku dapat membantu dia meringankan beban di hati..?

View kawasan air terjun Sungai Bil

Petang tadi aku bawa mereka (Zanx dan Mira) ke kawasan perkelahan Sungai Bil. Best nya dapat berendam kaki dalam sungai yang teramat la sejuk airnya itu. Geram betul. Rasa nak mandi je. Tapi, mengenangkan diri ini sedang menunaikan Rukun Islam yang ke-3 tu, maka niat nak bermandi-manda terpaksa aku bantutkan.

Jadi, apa yang boleh kami buat hanyalah berendam kaki. Berbual. Bergambar. Macam-macam aksi yang kami rakamkan. Zanx, esok kalau kau dah tinggalkan kami, kenanglah saat-saat manis kita bersama ye (alamak..sedih la pula) Satu persatu teman serumah meninggalkan aku. Aku la yang paling senior dalam rumah tu sekarang. Dan aku juga la antara terakhir yang akan tinggal di situ.


Mira yang sedang dilanda kesusahan di dalam hati, masih lagi moody. Dia banyak bercakap. Tapi, bercakap tentang hati yang semakin pedih dan pilu. Mengenangkan percintaan yang terkandas di tengah jalan. Pelbagai nasihat dah aku curahkan. Aku pernah melalui pengalamn yang serupa 6 tahun yang lalu. Ditinggalkan sang bf kerana kemahuan keluarga dan dalam masa yang sama dia punya kekasih baru. Hai..pilu, ngilu, pedih, sedih, dan sakit...semua rasa bersatu dalam hati.Aku faham perasaan dia. Tapi, bagaimana aku nak buat dia faham dan terima keadaan ini dengan redha..?

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Tuhan...jika ada sekelumit rasa simpati-Mu pada temanku ini (Nur'Amirah Jamal) maka kau rahmatilah hidupnya. Kau ringankanlah beban di dalam hatinya. Kau kuatkanlah semangatnya untuk terus menempuhi dugaan dan baki perjalanan hidupnya. Amin.







Post a Comment