They're My Best Buddies

Sunday, 7 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 6

Assalammualaikum W.B.T

 
Alhamdulillah. Hari ke-6 dah kita berpuasa. Hari ke-6 juga aku menulis diari Ramadhan untuk tahun ni. Seronok juga rasanya dapat buat diari macam ni. Walaupun aku cuba mengelakkan blog aku ni menjadi diari peribadi, tapi apa yang aku tulis dalam diari Ramadhan ni adalah sesuatu yang aku nak kongsi dengan BLOGgers lain.

Aku sampai kampung sebelum buka puasa tadi. Sempat la singgah bazar Ramadhan kat pekan Slim River tu. Tapi, tak tahu la aku yang terlambat atau memang jualan hari ni sangat bagus. Dah takde apa yang tinggal masa aku sampai. Bukanlah takde langsung. Cuma dah tinggal saki-baki. Selalu waktu-waktu macam tu masih ada banyak pilihan lagi. Alhamdulillah, ada untung peniaga bazar Ramadhan hari ni.

2 orang housemate aku pun ikut sekali. Saja nak bawa diorang buka puasa kat sini. Lagipun, diorang takde plan nak kemana-mana minggu ni. Masa tengah update entri ni pun, aku masih berbual dengan budak Mira ni. Yang seorang lagi dah selamat zzzZZzzZZz...

Yang buat aku rasa happy tadi, sampai-sampai je...anak buah aku dah menjerit panggil aku dari muka pintu. Ya Allah, rindunya aku kat dia!! Hilang semua rasa penat, letih, sedih, sayu dan pilu bila dapat peluk si kenit tu. Bahagia rupanya bila ada anak kecil. Nak ada anak sendiri la..hoho :p

p/s : Mira, Zanx...esok kita pergi Sg.Bil ye. Tapi tak boleh mandi...nanti batal puasa. Hahahaha...
Post a Comment