They're My Best Buddies

Friday, 5 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 5

Selamat malam semua..!!

Hari ni dah masuk hari ke-5 umat Islam di atas muka bumi ni berpuasa. Seronok kan sebab rasa masa cepat sangat berlalu. Kawan-kawan kat ofis dah mula google design baju raya terkini. Ada yang sibuk-sibuk nak tempah kuih raya. Ish..dah ada suasana raya kat ofis ni. Nasib baik takde yang pasang lagu raya lagi. Tapi, aku teringin sangat-sangat nak dengar lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman

Sebenarnya takde apa nak cerita kot malam ni. Siang tadi, kat ofis pun macam biasa je. Balik kerja pergi bazaar Ramadhan kat Tasik Puteri tu. Macam-macam gak aku beli. Dah lama tak makan yong taufu sup. Sedap siot..perghhhhh!!!!

p/s : bila nak start masak ni..????


Post a Comment