They're My Best Buddies

Thursday, 4 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 4

Rutin sebelum tidur kini bermula..!! Sekarang ni sebelum tidur mesti kena update blog dulu. Disiplin. Disiplin. Hehehehe...poyos :p

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-4 umat Islam di atas muka bumi ni berpuasa. Sesiapa yang masih belum ponteng tarawih, maksudnya dah malam ke-5 la kan. Best la dapat kumpul pahala, kan..? Memang bulan yang penuh dengan keberkatan.

Hari ni macam ada 2 kejadian yang tak berapa enak berlaku. Cheh, enak la sangat!!

Kejadian 1 : Salah faham dengan 'bos kecik'
Sebenarnya benda kecil je. Memang masa berselisih faham dengan bos tadi aku agak bengang. Sampai tertinggi suara la senang cakap. Aisehhh, teruk betul la aku ni. Tapi, lepas tu tak sampai 5 minit pun, aku dah okay dah. Ingatkan bos pun dah okay. Rupanya, dia ada rasa something. Masa aku dalam perjalanan nak pergi berbuka puasa, dia call dan minta maaf. Alamak, aku pula yang rasa bersalah! Sampai dia minta maaf pula. Ish, esok pagi-pagi aku kena jumpa dia dan minta maaf juga. Dah jadi kes salah faham ni.

Kejadian 2 : Tak puas hati dengan si dia
Walaupun aku cuba mengelakkan bercerita tentang si dia dalam blog aku ni, tapi cerita sikit-sikit takpe kot (bro BEN..agak-agak entri ni bukan kes penceritaan pencintaan, kan? kan? kan?) Ada sesuatu yang berlaku dan aku tiba-tiba nak SENTAP..!! Memang poyo. Tapi, tak kira. Aku tetap rasa tak puas hati. Mula-mula aku pendam. Makin lama rasa tak tahan. Dari aku mengutuk dia dalam hati, lebih baik aku berterus-terang. Tapi, dah luahkan rasa tak puas hati tu, entah macam mana aku terkena balik. Eh, aku yang tak puas hati...tapi aku pula yang kena hentam. Hmm..entahla. Tapi, dia cakap benda remeh macam tu jangan nak besar-besarkan. Aku bukan nak besarkan. Aku cuma nak luahkan rasa tak puas hati, salah ke..? Bila aku cakap dia tak nak faham perasaan aku, dia tuduh aku pun tak pernah faham perasaan dia. Pulak!! Pi mai pi mai tang tu juga. Pusing ikut mana pun, aku juga yang terkena balik. Ish, macam mana ni. Niat di hati nak jelaskan perkara yang samar-samar. Tapi, aku rasa makin samar pula. Tension tau!! Tapi, kena relax je. Tak boleh nak lebih-lebih. Nanti sakit kepala. Walaupun dia sakitkan hati aku secara halus (ayat tu yang aku luahkan kat dia tadi) tapi, aku terpaksa mengalah. Sebab..??? Pada aku, orang yang mengalah ni tak kalah. Bila kita mengalah, kita akan buat orang yang menang tu terfikir balik hal ni. Tak percaya..?? Cuba la dulu (",)

Hai, bergaduh di bulan Ramadhan. Agak keterlaluan ni. Dylla...Dylla...apa la nak jadi dengan kau ni. Cakap banyak salah. Tak cakap banyak pun salah. Macam mana..???

Okay la, since 2 kejadian tu dah diselesaikan dengan cara bermaaf-maafan, aku rasa lega la juga. Sekurang-kurangnya boleh la tidur dengan aman. Takde dendam. Takde rasa sakit hati lagi (ye ke..??) Apa pun, aku berdoa semoga Ramadhan ke-5 esok akan lebih baik daripada Ramadhan ke-4 ni. InsyaAllah..amin. Nite BLOGgers!!
Post a Comment