They're My Best Buddies

Wednesday, 3 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 3

Dah 3 hari la kita puasa (tapi aku...hehehe :p) Kejap je rasanya. Hari ni nak tulis pasal NAFSU. Haaa..nafsu, jangan main-main!! Nafsu ketika berbelanja untuk juadah berbuka puasa.

Hmm..tadi dengan 2 orang housemate pergi la menjengah bazaar Ramadhan kat Tasik Puteri tu. Hujan. Takpe, makan punya pasal...redah je. Nasib baik ada payung. Sampai sana, orang dah ramai. Alhamdulillah, murah rezeki orang-orang yang berniaga hari ni.

Tapi, haaa...nak start cerita ni. Aku memborong punyalah banyak!! Laksa (Harus..!!) Lepas tu sempat lak beli 7 ketul kuih comel-lote (keria yang dibuat sangat kecil saiznya...) Lepas tu lagi, lalu lagi 1 lorong ternampak pizza lak. Rembat je!! Nasib baik takde rasa tamak haloba nak beli murtabak lak. Ada hati gak tu. Tapi, nasib baik lagi sekali syaitan yang menghasut nafsu untuk jadi tamak haloba tu dah kena rantai kuat-kuat. Huhu :p

Budak rumah aku tak payah cerita la. Yang berpuasa tu relax je beli nasi beriani. Settle. Yang lagi seorang, macam-macam gak yang dia pegang tadi. Tu semua nafsu tu (jangan marah ye Mira) Alhamdulillah, kami dapat habiskan semua makanan tu tadi. Ni perut dah penuh sangat ni. Mata pun tersangatlah beratnya. Ngantuk!!

ZZZZZzzzzzZzzZzzZZzZZZzZZzzzz...!!!


Post a Comment