They're My Best Buddies

Tuesday, 2 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 2



Hari ke-2 berpuasa. Letih ke..?? Takde la sangat. Sebab seminggu sebelum puasa aritu aku baru je selesai buat puasa qada'. Adess..lambat gila ganti puasa. Hmm..takde la rasa letih sebab dah dapat biasakan diri dengan berpuasa. Tapi, apa pun alhamdulillah sebab berjaya ganti juga. Dan alhamdulillah dah selesai 2 Ramadhan hari ni.

Kat ofis siang tadi tak banyak kerja sangat. Pagi-pagi sampai ofis aku dikejutkan dengan berita tentang 'boss kecik' aku yang akan ditukarkan ke projek Manjung 15 Ogos ni. Alamak..kerja banyak lagi. Macam mana aku nak handle seorang diri..?? Sekarang highway dah launch. Tapi, RSA (Rest and Service Area) tak siap lagi. Tu semua aku yang kena handle. Semua orang chase aku. Nak hand-over 15 Ogos ni juga. Mak....tolong!!!!

Balik umah awal. Sebab malas nak layan kerenah kerja (padahal malas..kui..kui..kui :p) Budak rumah ajak pergi bazaar Ramadhan lak. Sekali bazaar Ramadhan tahun ni dah berpindah lokasi. Cari punya cari, sekali port kat Perkampungan Al-Arqam. Semua kedai signboard kaler hijau je. Dari kedai runcit, klinik, workshop, pusat tuisyen dll, semua pakai nama yang sama "IKHWAN"

Tempat tu rasa sunyi la. Tapi, yang best nya, orang-orang yang berniaga tu pun macam 'orang-orang' dia juga. Alim bangat sih mereka...!! Segan saya...

Apa pun kisah yang berlaku hari ni, semua dah berlaku. So, tak perlu patah balik untuk perbetulkan apa-apa lagi. Biar jadi kenangan. Biar jadi pengalaman. Biar jadi pengajaran. Nite BLOGgers..!!

p/s : to my housemate, Zanx...esok jangan lupa kueyteow kungfu...haiyaaakkkk!!
Post a Comment