They're My Best Buddies

Tuesday, 16 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 15

Assalammualaikum BLOGgers..

Rasa macam dah lama tak buat entri. Siang tadi agak sibuk la. Bos kecik dah pergi Manjung. Tinggal aku seorang nak arrange semua hal-hal kat site yang masih ada outstanding.

Tiba-tiba, seawal pukul 9.30 pagi, aku dapat call dari housemate aku (Mira) mengatakan ayahnya sakit kuat dan dimasukkan ke ICU Hospital Kuala Lumpur. Aku terus down. Aku yang down..?? Kenapa..?? Sebab, Mira ni baru je putus cinta. Sekali ayah dia sakit kuat pula. Aku dah takde mood nak buat kerja. Asyik terfikirkan dia. Dia tersedu-sedan dalam phone tadi. Aku terus buat keputusan nak pergi hospital.

Ditemani oleh kawan sepejabat (Fir), aku terus ke sana sambil memberitahu kepada beberapa orang kawan supaya berdoa untuk keselamatan ayah Mira. Sampai je, Mira dah tunggu kami kat depan pintu masuk Jabatan Kecemasan dan Trauma. Dia terus bawa kami tengok keadaan ayahnya. Aku tengok dari jauh je. Masa tu ada beberapa orang di sekeliling ayah dia. Aku nampak mak Mira. Mata dia merah :(

"Ayah sakit perut lepas sahur tadi. Masa Mira nak siapkan dia tadi, dia meracau. Mira takut kak Dila. Ayah cakap dia rasa dia dah nak pergi.."

Aku terus terdiam. Ya Allah, Kau tabahkan la hati kawanku ini. Aku temankan dia sampai pukul 3.00 ptg. Elok je aku sampai ofis, tiba-tiba Mira sms : "kak dila, doktor cakap ayah Mira ada masa sejam atau kurang.." Aku terus call dia. Bertalu-talu aku call. Tapi dia tak jawab. Aku dah risau. Terus aku decide akan ke hospital lagi lepas waktu kerja.

Aku cuba lagi, kali ini berjawab. "Kak Dila, ayah Mira dah takde..." Innalillahiwainnailaihiraji'un.

Ya Allah, berat dugaan yang Kau berikan kepada kawanku ini. Semoga dia akan terus tabah dan dapat kuatkan semangat. Bantulah dia untuk menemui kekuatan agar dia boleh teruskan hidup seperti sediakala.

p/s : puasa ke-15..hari yang muram untuk Mira..jangan bersedih ye, Mira...banyakkan sabar 

Post a Comment