They're My Best Buddies

Monday, 1 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 1

Alhamdulillah. Dah selamat 1 hari menempuh bulan Ramadhan. Disebabkan semalam ada kat kampung, so waktu sahur tadi kat kampung juga la. Tapi, tak bangun pun. Mak datang kejut, "yelah..kejap lagi kakak bangun..." Tak bangun-bangun juga. Ayah datang kejut pula, "ayah tolong makankan untuk kakak la.." Hahahaha..sekali kena ceramah agama dengan ayah..!!!

Dah tua-tua macam ni pun nak buat perangai juga. Apa la aku ni. Tapi, biasa la. Nama pun kat kampung. Walaupun seronok dapat makan masakan mak, tapi lagi seronok dapat tidur dalam kelambu. Haa..jangan main-main, kelambu okay..!!

Sampai ofis, terus borak-borak dengan bos. Bos baru balik dari Sarawak. Biasanya memang banyak cerita. Baik dia cerita awal pagi daripada masa tengah buat kerja tiba-tiba dia berpenglipur-lara pula. Kang tak boleh fokus nak buat kerja (",)

Waktu tak terasa lambat hari ni. Padahal tak banyak kerja nak buat. Tapi, rasa cepat sangat waktu berjalan. Tiba-tiba je dah kul 5pm. So, balik kerja tadi terus singgah Speedmart 99 kat Kuang tu, beli bahan-bahan nak buat Carbonara. Aku berpegang pada janji tau! Alhamdulillah, dapat buka puasa dengan housemate, dengan menu yang aku janjikan nak masak untuk 1st day puasa ni. Esok giliran dia pula. Tak tahu lagi menu apa.

Mata macam mulai berat. Kena tidur ni. Esok nak kena bangun sahur. Eh, bangun ke..?? Hahahaha..mungkin tidak..!! BLOGgers..gudnite!!
Post a Comment