They're My Best Buddies

Sunday, 14 August 2011

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama sebenarnya nak share entri ni sejak aku terbaca kat 1 artikel beberapa minggu yang lepas. Tapi, hari ni baru ada masa nak tulis. Sesiapa yang tak pernah baca, dialu-alukan untuk membacanya. Bagi yang dah pernah baca, tak salah kot baca lagi sekali (",)

Rasulullah S.A.W, seperti yang kita semua tahu, utusan Allah S.W.T yang terakhir untuk umat Islam di atas muka bumi ini. Baginda memikul tanggungjawab dan tugas yang amat berat dan mencabar dalam kehidupan sehariannya. Tapi, Baginda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Ada beberapa tips dan panduan yang Baginda selalu amalkan untuk dikongsi dengan umatnya :

1. Bangun awal sebelum Subuh
Baginda mengesyorkan umatnya untuk bangun sebelum subuh dan melakukan beberapa solat sunat dan solat fardhu secara berjemaah ** dapat buat sendiri pun alhamdulillah ** Hal ini sangat berkait rapat dengan akal kita. Kesegaran udara di waktu subuh akan menyegarkan dan mempertajamkan akal.

2. Aktif menjaga kebersihan
Baginda akan sentiasa memastikan dirinya bersih dan rapi. Baginda akan memotong kuku, membersihkan rambut halus di tepi pipi (jambang) pada setiap hari Khamis atau Jumaat.

3. Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan sebelum lapar dan akan berhenti makan sebelum kenyang."

4. Gemar berjalan kaki
Baginda selalunya lebih selesa berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Aktiviti ini akan membutakan diri kita berpeluh dan sekaligus melancarkan peredaran darah. Amalan ini bagus diamalkan untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan jantung.

5. Tidak pemarah
Menurut Baginda Rasulullah, hakikat kesihatan dan kekuatan umat Islam terletak pada kebersihan jiwa. Sentiasalah beristighfar apabila diri kita dikuasai perasaan marah. Tenangkan diri. Ambil wudu' dan lakukan slat sunat untuk menghilangkan perasaan marah itu.

6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberi kesan emosi yang bagi melapangkan jiwa. Orang yang berjiwa lapang kebanyakkan tidak cepat merasa putus asa.

7. Tidak pernah iri hati
"Ya Allah, berishkanlah hatiku dari segala sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat mahmudah."

8. Pemaaf
Sifat sentiasa memafkan kesalahan orang lain akan membutakan hati dan jiwa kita sentiasa berasa lapang dan tenang. Sentiasalah memaafkan kesalahan orang lain serta kesilapan diri sendiri agar roh dan jasad kita berada dalam keadaan yang stabil dan sihat tentunya.

p/s : selamat beramal..!!

Post a Comment