They're My Best Buddies

Saturday, 13 August 2011

Blog otai, senior dan BLOGger famous..??

Assalammaualaikum W.B.T

Selamat Pagi BLOGgers..!!

Pagi ni takde idea sebenarnya nak buat entri apa. Tapi, tadi masa BLOGwalking, terbaca satu entri yang sangat berkait dengan tajuk entri aku ni.
 


Sebagai BLOGger baru (walaupun blog aku ni dah nak setahun umurnya, tapi aku baru je nak mengaktifkan diri) aku memang la mengharapkan yang senior ke, yang otai ke untuk datang menjengah dan komen apa-apa yang patut, kan? Yang famous tu memang aku tak nak berharap la. Sebab?? Sebab dia famous. Agak mustahil la dia nak datang terjah newbie macam aku ni. Tapi, kalau ada tu memang dialu-alukan sangat (",)

Masa mula-mula nak aktifkan diri dalam BLOGging ni, aku terfikir sesuatu, "apa identiti yang patut aku create untuk tarik minat orang baca blog aku ni..?" Masih takde identiti lagi, tapi tak putus asa untuk berusaha. Chaiyok Dylla!!

Memanglah ada follower yang ramai tu jadi idaman setiap bloggers. Tapi, apa guna ada follower yang ramai tapi takde seorang pun yang baca entri kita, kan? Mungkin ada yang baca, lepas tu 'X'. Kalau la ada barang secebis dua komen yang ditinggalkan, rasa happy la sikit. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu apa pandangan orang lain terhadap apa yang kita tulis.

Lagi satu isu tentang pembaca setia. Dulu, sebelum aku ada blog sendiri, aku pernah juga baca entri-entri beberapa orang BLOGger. Setiap hari aku pageview dia. Tak jemu baca luahan hati dia. Tapi, bila dah jadi BLOGger, aku terfikir, "ada ke orang yang baca entri aku macam mana aku setia baca entri BLOGger tu..?"
** tapi sampai sekarang aku belum follow BLOGger tu..hoho :p

Istilah BLOGger otai, senior dan famous ni memang buat aku kecut-perut juga kalau terlalu fikirkannya. Yelah, nama pun OTAI. Huh..tapi apa pun aku memang salute la dengan BLOGgers yang kategori macam ni. Diorang bermula dari bawah. Cari identiti sendiri. Berjaya dengan hasil perahan otak sendiri.  Bukan senang nak jadi senang. Kepada BLOGgers yang otai, senior mahupun yang dah famous tu, keep it up. Aku akan jadikan korang contoh terbaik untuk aku berjaya dalam dunia BLOGging ni. InsyaAllah.

p/s : usaha tangga kejayaan..!!
Post a Comment