They're My Best Buddies

Wednesday, 3 August 2011

Bila pula giliran aku..??

Lepas berbuka tadi sempat la Facebook kejap. Jenguk-jenguk apa yang patut. Kot la ada yang tersesat ter'like' terkomen..hahahahaha. Err..takde apa-apa la. Kecewa kejap. Lepas tu tak tahu nak buat apa. Pergi la gatal tangan klik-klik kat album yang ada. Baru aku perasan, sejak aku kerja kat tempat sekarang ni, banyak betul farewell yang aku dah attend. Bila pula giliran aku untuk di'farewell'kan..??

Kitaorang kat sini majoriti contract staff. Jadi, memang pemergian satu-persatu staff akan dihadapi dengan lebih bersedia (eh, macam pelik je ayat aku ni) Seorang demi seorang pergi meninggalkan company ni untuk mengejar jawatan bertaraf TETAP. Pada aku, mana-mana pun sama je. Sebab kerja kat sini walaupun kontrak, tapi benefits sama macam permanent staff dapat. Aku tak risau sebab company ni besar. Dah  banyak projek-projek besar diorang buat. Lepas ni pun alhamdulillah dan insyaAllah akan ada banyak lagi projek. Jadi, kerja aku tak putus (tu pun kalau company masih perlukan aku la) Ala, bagitahu kat aku, company mana yang tak ambil peduli kalau staff tak perform..?? So, buat kerja betul-betul la kan. Kalau perform, takde sebab majikan nak buang kita.

Tapi, macam mana pun aku tetap kena standby cari kerja lain juga. Mana la tahu takde rezeki nak sambung kontrak. Haru beb!! Siapa nak menyara perut aku ni..?? Payah..payah...

Entah bila giliran aku akan sampai untuk dialu-alukan pemergiannya. Bila dah sampai masanya nanti, tak tahu la aku sanggup tak nak hadapinya. Sedih siot nak tinggalkan kawan-kawan kat sini. Diorang best!!


Post a Comment