They're My Best Buddies

Wednesday, 10 August 2011

Bila kenangan lalu datang bertandang

** Kenangan di bulan Ramadhan

Kenangan 1 : Bertarawih di sekolah berasrama
Aku sempat masuk asrama masa tingkatan 4 dan 5. Sekolah teknik je. Masa tu, bulan puasa memang sangat-sangat dinantikan. Sebab seronok dapat tarawih beramai-ramai. Ada satu kenangan yang aku rasa kawan-kawan aku pun masih ingat lagi kot. Kebetulan masa tazkirah, aku terjumpa kumbang yang jenis kena picit boleh keluarkan bunyi tu. Aku pun ambil dan kononnya nak menyakat kawan aku. Sekali main campak-campak, tercampak kat ustaz tu. Apa lagi, menjerit la dia! Adess..ingatkan perempuan je menjerit tengok binatang macam tu. Sekali ustaz pun menjerit daa. Nasib baik tak kantoi aku yang punya kerja. Kalau tak mau aku yang kena jadi imam tarawih malam tu..ngeee :p

Kenangan 2 : Berpuasa di UiTM Arau
Kenangan paling best, yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayat aku. Seronok beb berpuasa di Arau. Bukan sebab ada kawan-kawan. Tapi, suasana berpuasa tu memang terasa la. Kat sana dah la iklim monsun tropika (kalau tak silap aku la ye) Kalau musim panas, memang panas gila la!! Perghhh..memang mencabar! Siang-siang hari nak tidur pun tak boleh. Cuaca panas. Nak pergi kuliah rasa malas. Nak tidur tak boleh lelap mata. So, untuk melalaikan aku dari berfikir tentang perut yang asyik benar berkeroncong..aku boleh buat kerja gila pulak. Pergi main tenis. Mangsanya, siapa lagi...room-mate aku la!! Hahahaha..memang kesian. Tapi, nak buat macam mana. Dah aku bosan. Tu je yang aku rasa nak buat. Sekali dah habis main, masing-masing dah jadi macam rakyat Afrika yang tak cukup makan tu. Balik hostel rasa macam nak merangkak! Memang tobat tak buat dah lepas tu!

Kenangan 3 : Berbuka puasa di rumah sewa
Aku ni banyak sangat rumah sewa. Maklumlah, tukar kerja berkali-kali. So, rumah sewa pun berkali-kali jugak la bertukarnya. Masa kerja di Shah Alam, aku memang jarang masak. Masa dengan ex-bf aku dulu, kitaorang selalu buka puasa kat luar je. Tak pun pergi bazar Ramadhan. Tapi, nak dijadikan cerita. Satu hari tu aku terlebih rajin. Konon nak masak la untuk buka puasa. Menunya nasi goreng kampung. Aku pun berusaha la bersungguh-sungguh nak masak. Potong bawang, potong cili dan potong segala jenis benda yang nak dipotong la. Masa menumis paling best. Mak aku cakap, kalau masa kita menumis tu, ada orang terbersin dengan bau tumisan tu..mesti masakan tu sedap. Memang la housemate aku bersin (sebab ada gejala resdung di situ) tapi masakan aku idak ler sedap mana pun. MASIN!! Kesian kat housemate aku, sampai pening kepala dia makan nasi goreng kampung aku. Hahahaha..

Tu antara kenangan di bulan puasa yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu. Tiba-tiba je teringat 3 kenangan ni masa buka puasa tadi. Okay la. Nak siap-siap ke surau ni. Tarawih. Nanti aku update lagi dengan entri yang lain pulak.

p/s : moh kita tarawih..!!


Post a Comment