They're My Best Buddies

Wednesday, 3 August 2011

"Banyak yang saya tak tahu...banyak yang saya kena belajar..."

Mood : Hari ke-3 puasa...lapar..!!! huhu :p
Cuaca : Sangat baik
Lagu latar : Over You - Chris Daughtry
(sebenarnya nak dengar lagu raya..boleh ke..? boleh ke..? boleh ke..?)


Setelah lebih kurang seminggu aku join BEN ASHAARI punya segmen, walaupun tak dapat join semua segmen, aku sedar yang aku ni sangat-sangat banyak kekurangan. Masa blogwalking blog-blog BLOGger lain, aku rasa blog aku sangat-sangat ke belakang.

Banyak sangat yang aku masih tak faham. Bila orang cakap buat blog ni boleh buat duit, aku blur..buat duit..boleh ke..?? Sebab niat aku masa buat blog dulu cuma nak menulis, nak meluahkan rasa hati, nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan alam maya ni. Tak terfikir pun untuk cari duit.

Lepas tu, bila tengok entri-entri BLOGger lain, semua best-best belaka. Aku sangat terhibur. Selain dapat manfaat, entri tu aku cuba jadikan basic untuk aku menulis (maaf kawan-kawan, takde niat nak curi idea korang... cuma nak buat reference je)

Kepada BLOGgers yang dah lama atau masih baru, sudi-sudi la beri tunjuk ajar kepada aku yang masih baru nak belajar ni. Mana yang terkurang, tersalah atau ter apa-apa jelah, tegur-tegur la aku ya..!!

p/s : Sharing is Caring (",)
Post a Comment