They're My Best Buddies

Sunday, 7 August 2011

Badminton dan kaitannya dengan aku

Macam hampeh je tajuk entri ni. Badminton..?? Best la sukan ni. Last aku dapat main badminton ni hari khamis sebelum puasa aritu. Alahai, rindunya kat court badminton tu. Teringat kat auntie yang selalu marah-marah kitaorang sebab selalu main lebih masa. Sewa sejam, tapi main sampai 2 jam.

Lepas ni aku dah tak dapat main badminton lagi. Sedih :( Rasa-rasanya aku akan berada kat sini sampai raya je. Lepas tu akan dipindahkan ke Manjung. Kat Manjung nanti tak tahu la aku boleh bina Sport Club macam kat sini. Best sangat rasanya sebab aku berjaya aktifkan balik Sport Club yang sepi tu. Harap-harap bos kat sana sporting la macam bos kat sini.


Dua batang reket kesayangan aku (",)

Hadiah dari si dia..Yonex Pink Edition!!


p/s : Kawan-kawan, terima kasih sebab bermain badminton dengan saya. Enjoy dapat main dengan korang. There's lots of fun while we were playing. Gonna miss this game and you guys..!!!
Post a Comment