They're My Best Buddies

Thursday, 11 August 2011

Apa nak buat bila diri dalam dilema..??

Selamat pagi..!!
** masih ada 10 minit sebelum masuk tengahari :)

Pagi-pagi dah login. Tapi, sebab takde idea nak tulis apa, so takde la dapat update entri pagi tadi. Sekarang ni pun takde idea nak tulis jugak. Ni yang dok merapu tanya kat diri sendiri dan kawan-kawan BLOGgers semua, "apa nak buat bila diri dalam dilema..??"


Al-kisahnya, pagi tadi tengah buat kerja tiba-tiba teringat 2 hari lepas ada hantar resume nak apply kerja lain. Tempat tu okay la. Ada kawan yang boleh rekemen aku masuk. Rasanya boleh dapat kot. Tapi, tiba-tiba terasa sayang nak tinggalkan company ni. Ish, dilema sungguh!! Tak nak la jadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" kan susah ??

Aku rasa, isu ni dah 2-3 kali kot aku tulis dalam entri. Hahahaha..tak sengaja terulang topik yang sama. Tapi, kali ni lebih detail lagi. Sebelum ni tulis sampuk-menyampuk je :)

Fikir punya fikir, kita ni sampai satu tahap mesti akan sampai di hujung jalan yang akan ada hanya 2 simpang. Kanan? Kiri? Kita sendiri yang kena tentukan jalan tu. Bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri sendiri. Hai, garu kepala jap, weh!

p/s : mungkin kena buat Istikharah kot, minta petunjuk (",)


Post a Comment