They're My Best Buddies

Sunday, 14 August 2011

Ahad..hari untuk tidur..???

Kepada yang bekerja mahupun yang masih belajar, mesti sentiasa ternanti-nantikan kemunculan hujung minggu kan..? Terutamanya hari Ahad ** sebab ada juga yang bekerja hari sabtu **


Apa yang korang selalu buat pada hari Ahad..??

1. Berjalan-kalan
2. Shopping
3. Beriadah
4. Kemas rumah
5. Balik kampung
6. Tengok tv sepanjang hari
7. Menziarahi saudara-mara
8. TIDUR

Haaa..tau kenapa aku besarkan huruf untuk aktiviti tidur tu..? Sebab aku dan kebanyakan orang lain, akan ternanti-nantikan hari Ahad untuk TIDUR..!!

Bagi aku Ahad ni memang masa untuk berehat. Stay kat rumah. Buat segala aktiviti dalam rumah sahaja. Selebihnya memang aku akan bersantai-santai di atas tilam empukku sehinggalah mata ini terlelap dengan sendirinnya.

Jadi, Ahad ni (hari ini..!!) aku memang tidur lama gile ** sampai rasa puasa aku dah jadi makruh kot ** Sebab 1-aku tak tidur malam tadi. Sebab 2-aku memang takde aktiviti lain nak buat. Sebab 3-aku memang suka tidur pada hari Ahad..!! Simple :) 

Kawan-kawan, jangan salahkan aku. Aku bukan sengaja nak tidur lama hari Ahad macam ni. Aku penat mengharungi cabaran hari-hari dalam seminggu tu. So, Ahad jelah satu-satunya harapan untuk aku berehat sepuas-puasnya ** sang bf tak suka dating hari Ahad..so dok rumah jelah..huhu :p **

p/s : malam ni mesti susah nak tidur sebab dah tidur lama sangat siang tadi (",)


Post a Comment